Ayah Tiri Rita Rudaini Meninggal Dunia



Takziah diucapkan kepada pelakon Rita Rudaini dan keluarga yang telah kehilangan ayahanda tiri tercinta, Johari Joned yang telah meninggal dunia pada petang Jumaat lalu.

Allahyarham yang mengalami masalah jantung sejak lima tahun lalu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak seminggu lalu sebelum koma pada Khamis. Difahamkan, Rita berada di sisi ketika ayahnya menghembuskan nafas yang terkahir.

Rita turut berkongsi kesedihan bersama pengikutnya di Instagram dengan memuat naik gambar bersama ayahnya. Menurut Rita, biarpun ayahnya bukanlah ayah kandung, namun pemergiannya begitu dirasai lantaran kasih sayang yang dicurahkan selama ini.








"AL-FATIHAH buat bapa ku yg ku pggil 'uncle' ..walaupon uncle bukan bapa kandung cek,tp uncle jaga cek mcm anak sendiri.uncle jaga kami dr kecik.uncle syg kami lebih dr uncle syg mama.uncle xpernah jentik,marah atau tggi suara dgn ank2..tgn uncle yg bg kami mkn..klau mama marah kami,uncle akan lindungi kami..cek xpernah sekali dlm hidup tgk uncle marah..uncle akan tau apa makanan kegemaran cek,abg,adik dan menantu2 dia..klau tau ank2 dan menantu nak balik,uncle akn cari setiap makanan kegemaran kami..bila uncle nak dtg melawat cek dan ryanarjuna,uncle akan bwk mcm2 utk cek dan ank2..bila tiba puasa atau raya,uncle org yg paling seronok utk cari makanan utk menjamu kwn2 cek yg dtg..dan yg paling cek xle lupa,uncle jaga cek dlm pantang...skrg smua tu da xde lagi utk cek..tkasih uncle krn menjaga cek dan abg spt ank uncle sendiri dan jaga mama dan adik kami dgn baik..kasih syg uncle dan jasa uncle kami akn kenang smpai akhirat..kasih syg uncle masih ada dgn kami..cek sgt rindu uncle,cek akan simpan jam tgn kesayangan uncle..kami smua rasa kehilangan yg sgt berat..trus terang cek xbole lg terima yg uncle da 'pergi' tggalkn kami smua...kami syg uncle..YA ALLAH ampunilah dosa bapa ku dan tempatkan dia bersama org2 yg beriman..amin....AL-FATIHAH."

ARTISMELETOP mengharapkan agar Rita tabah dengan ujian ini, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah.
Previous Post Next Post