Dafi punya agenda!


Dafi

MESKIPUN sibuk menjalani latihan pementasan Projek Kahwin yang bakal berlangsung pada 6 hingga 14 Jun ini di Istana Budaya, ia tidak menghalang Dafi atau nama sebenar Ghadaffi Ismail Sabri menyiapkan album baharunya.

“Album ini akan dilancarkan pada bulan Jun ini juga. Insya-ALLAH pada pertengahan Mei ini akan siap sepenuhnya. Buat masa sekarang, saya sedang fokus dengan cover album.

“Melakukan perkara baru adalah menjadi keutamaan saya. Saya juga teruja membintangi teater terbitan Mask Team ini. Saya akan cuba memberikan persembahan terbaik nanti," katanya.




Mengakui agak sibuk dengan dua perkara itu, Dafi bagaimanapun masih bekerja keras menguruskan produksi sendiri, Lol Entertainment. Menurut Dafi, tiga artis yang bernaung di bawah syarikatnya iaitu Rozita Che Wan, Sherry Ibrahim dan yang terbaharu Sabhi Saddi, harus diberi perhatian sewajarnya.

“Dalam pengurusan ini, kita memang ‘plan’ tak nak banyak sangat artis sebab nak fokus kepada artis yang ada. Di mana pengurusan kita juga lebih mudah dan tidak terlalu terbeban,” katanya yang merancang untuk membuat kerjasama bersama Nova Music untuk klip video Sabhi Saddi untuk lagi Cinta Sesungguhnya.

Beralih mengenai kehidupan peribadinya, Dafi berkata, fokus utamanya masih lagi terhadap karier. Namun dia tidak menolak sekiranya sudah bertemu jodoh sesuai.
“Memang saya banyak berkawan tapi, saya hanya tunggu seorang wanita yang memahami dan bijak.

“Saya sekarang selesa berkawan dulu. Lagipun saya masih muda dan banyak lagi benda yang saya kejar, selain memikirkan untuk mencari pasangan hidup,” katanya.
Previous Post Next Post