Filem Bahaya Cinta Penuh Drama


Antara babak dalam filem Barisan pelakon yang bintangi Adam AF.

HARI ini, jarang sekali kita dapat menonton filem-filem yang menampilkan gandingan pelakon dari pelbagai negara dalam satu filem.

Justeru tayangan filem Bahaya Cinta atau Dangerously Love pada pandangan penulis bertetapan dengan masanya, apatah filem ini menampilkan jalan cerita yang santai namun mempunyai konflik yang tersendiri.

Filem arahan Yusof Kelana ini membariskan gandingan pelakon tiga negara iaitu Adam AF, Datuk Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak dari Malaysia, manakala Han Dan, Luong Giang dan Nguyen Duc Hung dari Vietnam bersama satu-satunya pelakon dari Indonesia, Dewi Armanda.

Bahaya Cinta berkisar Iskandar yang mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian mendapat hadiah tiket penerbangan ke Hanoi, Vietnam. Percutian bertukar malang apabila sampai di sana, Iskandar berdepan detik cemas apabila diburu sekumpulan ahli kongsi gelap.




Semuanya bermula apbila dia cuba menyelamatkan seorang wanita dari Jakarta, Rabecca yang baru saja sampai di Hanoi tetapi menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.

Pada masa sama, Iskandar perlu menunaikan hasrat ibunya untuk memulangkan kalung nostalgia kepada lelaki bernama Ai Nguan, iaitu bekas kekasih ibunya ketika muda. Kalung itu diberi sebelum ibunya melarikan diri ke Malaysia, kira-kira 35 tahun lalu.

Sewaktu menyelamatkan diri daripada buruan polis selepas membunuh ketua kongsi gelap, Iskandar diselamatkan seorang anggota polis wanita, Luong Giang.

Pada waktu sama, Rabecca mula menaruh hati kepada Iskandar tetapi tidak dilayan. Giang juga yang mempunyai perasaan sama, membantu Iskandar pulang ke Terengganu.

Tiba di kampung, Iskandar berdepan pula situasi ibunya dilamar secara paksa oleh seorang lelaki yang juga kawan lama arwah bapanya.


Tanda tanya

Kelebihan filem ini adalah konflik-konflik yang diselitkan babak demi babak membuatkan penonton akan rasa tertanya-tanya apa yang berlaku seterusnya dan seterusnya.

Bahkan garapannya juga ibarat susunan kepingan puzzle dan segala persoalan yang bersarang pada mula akan terlerai satu demi satu pada penghujung jalan cerita.

Selain itu, sinematografi filem ini yang mengambil latar penggambaran di Hanoi, Vietnam sedikit sebanyak memberi penonton pemandangan baru yang jarang dapat kita lihat di dalam drama mahupun filem.

Justeru bagi anda yang ingin mengetahui nasib Iskandar, jangan lupa untuk menyaksikan filem Bahaya Cinta di pawagam.


Bahaya Cinta

PENGARAH: Yusof Kelana
PELAKON: Adam AF, Datuk Jalaluddin Hassan, Fadilah Mansor dan Man Raja Lawak (Malaysia) Han Dan, Luong Giang & Nguyen Duc Hung (Vietnam), Dewi Armanda (Indonesia).
GENRE: Drama/Romantik
DURASI: 1jam 52minit
KLASIFIKASI: P13
TAYANGAN: 01 Mei 2014
Previous Post Next Post