Noniswara Tolak Lelaki Berstatus Suami Orang



KEGAGALAN dua perkahwinannya sebelum ini tidak menjadikan pelakon Noniswara, 45, serik untuk bergelar isteri pada masa akan datang.

Bagaimanapun, pengalaman pahit yang dilaluinya sebelum ini mengajar dia untuk lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

Bukan sedikit lelaki yang cuba mengetuk pintu hatinya, namun semuanya ditolak oleh Noniswara kerana berstatus suami orang.

Memetik sebuah akhbar tempatan, pelakon ini mengakui bahawa ada di antara mereka yang sanggup menyediakan rumah, kereta dan sebagainya untuk dirinya.




Namun, segala kemewahan itu tidak dirasakan bermakna jika tiada kebahagian dalam rumahtangga kerana perlu berkongsi kasih dengan wanita lain.

Kami tabik dengan prinsip Noniswara itu kerana pada masa kini, ramai wanita yang sanggup melihat kaumnya sendiri merana hanya kerana berebut kasih dan wang ringgit daripada seorang lelaki.
Previous Post Next Post