Rumah Tangga Abby Abadi Pula Dilanda Badai?



Amboi ayat dilanda badai tue. Hehehe. Sekali sekala nampak puitis apa salahnya kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Berkahwin dengan Farhan pada bulan Julai tahun lalu, Abby Abadi kini memberi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya menerusi akaun Instagram baru-baru ini. Adakah sekali lagi Abby Abadi akan menemui kegagalan dalam perkahwinan?






Secara jujur, ARTISMELETOP tak gemar berkongsi masalah-masalah perkahwinan di media sosial. Masalah suami isteri selesaikanlah sesama sendiri. Bukannya dikongsi dengan orang lain. Berkongsi gambar di atas, Abby telah menulis caption:-

Dari awal kenal……. beli cincin……. uruskan pernikahan…. nikah……. saat2 indah…. dugaan bersilih ganti…… ujian datang & pergi………. Akhirnya….. Mohon doa kalian………..Doakan yg terbaik utk kami….Untuk yg terakhir kali…????

Malah dalam ruangan komen, Abby Abadi juga turut menulis “peluang yang terakhir” seolah-olah membayangkan rumah tangganya sudah berada di hujung tanduk.



Nasihat ARTISMELETOP, kalau tulis di laman sosial, masalah tak akan selesai. Ambillah pengajaran daripada kisah Fiza dan Adam yang salah satu punca penceraian ialah Instagram. Lebih baik duduk bersemuka, bincangkan masalah dan cari jalan penyelesaian. Kongsi di media sosial ini buat tambah masalah je. Tak gitu? Apa pendapat anda?
Previous Post Next Post