Shaheizy Sam Tidak Benar Ibu Datang Lokasi


Sam sentiasa ingat pesanan ibu agar menghormati antara satu sama lain.

Pelakon Shaheizy Sam mengakui tidak membenarkan ibunya iaitu pelakon Khaty Fauziah datang ke lokasi penggambaran bagi mengelakkan fokus terhadap lakonannya terganggu.

Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, ibunya yang juga seorang pelakon lama memahami dengan keadaan itu dan tidak pernah mencampuri urusan kerjayanya.






"Mummy hanya tidak ikut pergi penggambaran kerana saya tidak benarkan dia datang, saya takut tidak boleh fokus dengan kerja dan dia pun memahaminnya.

"Namun jika tidak bekerja dan ada masa terluang saya akan bawa dia kerana kami tinggal berdua, kalau saya sibuk dia sendiri sahaja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, sempena menyambut Hari Ibu, Sam berkata dia merancang untuk membawa wanita istimewa itu untuk pergi bercuti.


Sam rancang untuk bawa ibunya bercuti sempena Hari Ibu.

Katanya, dia tidak pernah membuat sebarang kejutan hadiah buat ibunya, sebaliknya lebih gemar bertanya terlebih dahulu.

"Tahun ini saya rancang untuk bawa Mummy makan malam dan bercuti dalam negara sahaja.

"Saya jarang buat kejutan kerana saya tidak mahu dia tidak suka apa yang saya beli, jadi biasanya saya akan tanya apa yang dia mahu sebagai hadiah," katanya.

Sementara itu, Sam berkata, dia bersyukur kerana dengan didikan ibunya, dia menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya yang dipilihnya.

Katanya, dia sentiasa memeggang pesanan ibunya agar sentiasa menjaga tutur kata dan menghormati antara satu sama lain.

"Saya percaya didikan Mummy agar sentiasa menjaga tutur kata dan menghormati sesama insan menjadikan saya seperti hari ini,

"Masa kecil dulu kalau kami adik beradik ada yang bercakap dengan kasar pasti akan dimarahi dengan teruk oleh ibu dan arwah ayah," katanya.
Previous Post Next Post