AirAsia Perkenal Pesawat Eksklusif Taylor Swift



AirAsia memperkenalkan pesawat eksklusif yang bakal membawa Taylor Swift dalam siri jelajah The Red Tour di Asia Tenggara.

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia telah memperkenalkan pesawat eksklusif yang bakal membawa penyanyi Tailor Swift dalam siri jelajah The Red Tour di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksklusif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, pesawat Airbus A320 ini akan ke pelbagai destinasi di Asia Tenggara bersempena konsert jelajah ini termasuk Jakarta, Manila dan Singapura.

"Pesawat baru ini merupakan tambahan kepada senarai pesawat dengan rekaan luar unik untuk para peminat Tailor Swift yang mana ia akan beroperasi selama setahun melibatkan 88 destinasi.






"Kami sangat berbesar hati menerima kedatangan Taylor Swift dan krewnya ke penerbangan kami dengan pesawat istimewa ini," katanya.

Tambahnya, kerjasama ini merupakan penjenamaan semula dan menjadi satu lagi tanda aras dalam usaha membina nama AirAsia di peringkat global.

Taylor Swift Red Asean Tour ini dipersembahkan oleh Cornetto dan akan berlangsung di Jakarta, Manila, Kuala Lumpur iaitu masing-masing pada 4, 6 dan 11 Jun ini. Manakala Singapura pada 9 dan 12 Jun.

Dalam pada itu, AirAsia juga telah melancarkan Red Hot Truck bersempena The Red Tour yang telah menjelajah ke tiga buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Res Hot Truck membuka peluang peminat Tailor Swift menyertai aktiviti menarik selain menawarkan tiket konsert dan pelbagai barangan menarik.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa artis tempatan seperti Yasmin Hani, Ramona Zamzam, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy.
Previous Post Next Post