Rasanya, nama kumpulan Rock zaman 90-an iaitu Ukays sudah lama sepi di arena muzik tempatan. Tiada lagi berita-berita tentang Ukays terutamanya perkembangan terbaru ahli kumpulan mereka.
Terbaru salah seorang bekas ahli kumpulan Ukays iaitu Ali Ukays antara rakyat Malaysia yang dikenal pasti yang terlibat menyertai pergerakan jihad di Syria seperti dilaporkan The Star semalam.
Menurut akhbar tersebut, hasil siasatan mendapati Ali Ukays antara individu yang memuat naik gambar-gambarnya serta klip video ke media sosial secara terbuka.
Nama Ali Ukays turut disebut di dalam blog-blog serta laman web pro-militan dan dikatakan telah dipengaruhi oleh individu yang cukup dikenali untuk memasuki Syria dan berjuang bersama kumpulan Mujahidin di sana.
Ali Ukays antara drummer terawal yang pernah keluardengan dua album Ukays iaitu Mencari (1992) dan Bisa Berbisa (1994) yang turut mengandungi lagu hit seperti Berkat Kasihmu, Seksa, Kau SAtu-satunya dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu.