Cheff Wan: Haram!!! Budu dan Cencalok Adalah Bangkai



Dalam hal babi ni, semua orang tahu binatang tu diharamkan dalam Islam.. Bukan setakat makan je beb.., pegang babi pun tak bagus dan kita kena samak selepas terpegang tu..

Tapi heran pulak bila selebriti masakan ni suruh orang Islam jangan pandang jijik pada babi kononnya untuk hormati perasaan penganut agama lain.. Rasa macam dah lebih-lebih pulak mamat ni kann...

Dah suruh tu satu hal.., pastu dia luahkan dalam Instagram kononnya dia marah bila umat Islam geli tengok gambar serta masakan yang ada babi.. Ehhh..., habis tu takkan nak suruh umat Islam suka kot?

Dan melampau betul bila mamat tu kata budu dan cencaluk sebagai bangkai walhal kita tahu bangkai memang diharamkan dalam Islam.

Apakah sekarang ni mamat tu nak keluarkan 'hukum' baru bahawa budu dan cencaluk tu sebagai haram didalam Islam? Dah kalau kata bangkai, maka haram lah kannn....



Lagi satu..., apa kena mengena budu, cencaluk dan juga Babi? Kalau mamat tu nak suruh umat Islam respek pada babi.., tak payahlah nak kaitkan dengan budu lah bagai... Asal bau busuk je nak dilabelkan sebagai bangkai ke chef oiiii?

Satu je nasihat pada mamat ni.., jangan ikut sedap mulut celupar tu nak bercakap pasal makanan yang halal atau haram dalam Islam ni..

Sesuka hati je nak labelkan budu tu sebagai bangkai sedangkan ramai rakyat Malaysia khususnya di Kelantan dan Terengganu makan budu termasuklah Nik Aziz!

Apakah Chef Wan nak kata Nik Aziz makan bangkai??? Apakah Chef Wan nak tuduh Nik Aziz tak tahu hukum agama yang menetapkan bahawa bangkai tu HARAM?

HUKUM BANGKAI DALAM ISLAM

Diharamkan makan bangkai melalui Firman Allah:
Maksudnya: "Diharamkan kepadamu untuk memakan bangkai..." (3: AI-Maidah)

Definasi bangkai oleh Dr Yusuf Qa-rdawi :
"Haiwan yang mati tanpa pebuatan manusia yang berniat untuk menyembelihnya dan memburunya."

Pengkecualian.

Islam telah mengkecualikan ikan dan seumpamanya dari haiwan yg hidup dalam air sepenuhnya daripada hukum haram makan bangkai. Halal makan bangkai tersebut. Ketika mana Nabi s.a.w ditanya tentang air lautan, baginda menjawab: "Airnya suci lagi menyucikan serta halal bangkainya." (Hr Ashabus Sunan dan Ahmad)

Dalam hadis ada menceritakan Nabi s.a.w mengutuskan pasukan tentera dikalangan sahabatnya. Dalam perjalanan, mereka mendapati bangkai seekor ikan yang besar yang di campakkan oleh ombak laut. Mereka telah memakannya selama lebih 20 hari. Setelah mereka kembali ke Madinah, mereka menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda: "Makanlah terhadap rezki yang Allah telah berikan kepada kamu. Berilah kami makan ikan tersebut sekiranya masih ada lagi bersama kamu." Maka sebahagian sahabat memberi ke­pada baginda. Lalu baginda memakannya. (Hr Bukhari)

Demikian juga dengan belalang, ia juga dihalalkan untuk dimakan dengan tidak disembelih. Ibnu Abi Aufa berkata: "Kami telah menyertai tujuh peperangan dengan memakan belalang." (Hr Jamaah melainkan Ibnu Majah)

ARTISMELETOP: Inilah akibatnya Chef Muslim pada namanya sahaja tapi kurang didikan agama. Diharap chef-chef diluar kena ambil tahu pasal hukum agama, kalau tak tahu boleh belajar dan jangan sesuka hati letakkan hukum kalau tidak pasti. Banyakkan belajar agama.
Previous Post Next Post