Erin Malek & Kekasih Bakal Bertunang 21 Jun Ini



Tahniah ARTISMELETOP ucapkan kepada pelakon cantik dan berbakat Erin Malek yang bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada 21 Jun ini.

Erin dan bakal tunangnya, Farriz Fauzi berkenalan kira-kira lima bulan lalu menerusi laman sosial Instagram dan daripada situ, bibit cinta di antara mereka tercipta.

Ketika dihubungi ARTISMELETOP pada Selasa, Erin memberitahu dia mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan selepas merasakan hubungannya bersama Farriz semakin serius.






“Sebelum rapat di Instagram saya dah kenal Farriz. Kami berjumpa beberapa kali sebagai rakan tetapi tak sangka hubungan kami menjadi semakin serius.

“Rasanya semua tahu saya tidak menyorokkan kisah cinta saya sebelum ini. Bukan hendak menunjuk-nunjuk tetapi saya tidak mahu timbul fitnah di kemudian hari. Lebih-lebih lagi bila orang nampak kami keluar bersama,” katanya.

Dalam pada itu Erin tidak menafikan gementar untuk mengikat tali pertunangan kerana dia bakal melalui fasa hidup yang berbeza.

“Bertunang ialah satu fasa sebelum perhubungan itu melangkah ke satu fasa yang lebih serius, iaitu perkahwinan. Jadi perasaan gementar tu memang ada kerana tidak lama lagi akan bergelar isteri.

“Walaupun kami baru kenal lima bulan, tak salah kami membawa hubungan ini pergi lebih jauh,” ujarnya yang turut menafikan kekasihnya itu seorang ahli perniagaan.

“Farriz seorang yang sangat rajin bekerja, merendah diri…Saya berkawan dengan dia bukan sebab duit tetapi saya selesa dan bahagia bersama dia,” katanya.
Previous Post Next Post