Jurugambar Saman Justin Bieber


Justin Bieber

PENYANYI Justin Bieber, 20, telah dinamakan dalam tuntutan mahkamah yang baru oleh jurugambar Walter Lee, yang mendakwa dia mengalami kecederaan teruk selepas dilanggar oleh penyanyi itu di Los Angeles pada Jun tahun lalu.

Menurut dokumen mahkamah yang diperolehi oleh laman web gosip TMZ.com, plaintif memohon ganti rugi untuk menampung bil-bil perubatan selain mendakwa dia tidak boleh pulih sepenuhnya daripada kecederaan termasuk luka, melecet serta beberapa komplikasi lain pada kaki kirinya.






Pegawai polis menyiasat kejadian itu pada Julai 2013 selepas seorang jurugambar mendakwa dia dilanggar kereta Ferarri milik Justin ketika dia mengambil gambar Justin di West Hollywood.

Bintang dari Kanada itu kemudiannya didakwa tetapi dibebaskan tanpa caj.

Bagaimanapun sumber penguatkuasaan undang-undang sebelum ini berkata pihak pendakwaan mempunyai bukti yang cukup untuk mensabitkan tertuduh dengan sengaja meninggalkan tempat kejadian selepas seseorang telah cedera.

Berita mengenai kesalahan jenayah itu timbul selepas Justin baharu sahaja memulihkan hubungan cintanya dengan Selena Gomez pada Selasa lalu.
Previous Post Next Post