Pelakon popular Nabila Huda hari ini memadamkan kesemua foto yang pernah dimuat naik ke laman sosial Instagram miliknya.
Hanya tinggal satu foto yang tertera perkataan "Just Upset" dalam akaun tersebut yang menggunakan ID "kupu_kupu".
Tindakan tersebut dibuat susulan kontroversi foto yang telah menaikkan kemarahan ayahnya, Amy Search baru-baru ini.
Setakat hari ini, akaun tersebut telah mengumpul lebih 370,000 pengikut.
Pelakon popular itu bakal muncul dengan sebuah telefilem Saloma yang bakal disiarkan di saluran Astro First pada Ogos depan.
Minggu lalu, ibu tunggal ini menggegarkan persada seni tanahair apabila dia menerima teguran pedas dari bapanya selepas memuat naik gambarnya dengan seorang lelaki di sebuah jambatan.
Jejaka itu yang hanya dikenali dengan nama 'Bert' merupakan pemilik kafe 'Kulcats Barrio' yang terletak di Taman Tun Dr Ismail di Petaling Jaya.
ARTISMELETOP: MARILAH KITA SAMA-SAMA BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA DIA BERTAUBAT DAN BERUBAH INSYA ALLAH