Nadia Belum Sedia Dinikahi Sammy Kerana Perbezaan Agama


Nadia mengakui sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta untuk bertemu dengan kekasihnya, Sammy.

Personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar menjelaskan dia dan kekasihnya, penyanyi terkenal Indonesia, Sammy Simorangkir belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan disebabkan masalah perbezaan agama.

Nadia, 31, berkata, dia tidak mahu memaksa Sammy memeluk agama Islam hanya kerana ingin menghawininya selain mahu memberikan lelaki itu ruang dan waktu secukupnya dalam membuat keputusan apabila sudah bersedia.

"Setakat ini kami masih belum berbincang secara mendalam untuk membawa hubungan ke tahap seterusnya (perkahwinan) kerana soal perbezaan agama di antara kami yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kami mengharapkan yang terbaik dan soal lambat atau cepat biarlah masa dan jodoh menentukan," katanya.

Terdahulu, hubungan pasangan tersebut pernah dilaporkan berakhir kerana masalah agama namun cinta yang mendalam membuatkan kedua-dua mereka kembali menjalinkan percintaan.

Dalam pada itu, Nadia berkata, hubungan mereka tidak mempunyai sebarang masalah selain faktor perbezaan agama dan menganggap perkara itu sebagai cabaran dalam perhubungan mereka.



Sammy dan Nadia mengakui perbezaan agama adalah dugaan dalam perhubungan mereka.

Jelas Nadia lagi, dia sentiasa berdoa agar dugaan yang melanda hubungan mereka itu dapat menemui jalan penyelesaian suatu hari nanti.

"Hubungan kami setakat ini baik-baik sahaja cuma biasalah setiap pasangan berhadapan dengan beberapa masalah dan soal agama menjadi dugaan buat kami.

"Saya sendiri pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini jadi saya tidak mahu terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan yang mungkin akan dikesali suatu hari nanti," ujarnya.






Sementara itu, Nadia mengakui dia dan Sammy sudah kurang berkomunikasi menerusi laman sosial seperti Twitter kerana tidak mahu tindakan mereka itu dianggap sebagai ingin meraih publisiti.

Jelas Nadia, mereka lebih senang hubungan cinta mereka tidak menjadi perhatian media biarpun dia sentiasa menjadi buruan setiap kali berkunjung ke Jakarta, Indonesia untuk bertemu dengan temah lelakinya itu.

"Saya selalunya akan biar Sammy yang jawab pertanyaan media di Indonesia mengenai hubungan kami biarpun ada yang ingin menemuramah saya setiap kali saya ke sana.

"Perbualan di Twitter juga kami sudah kurangkan kerana ingin menjaga nama baik masing-masing tambahan pula tidak mahu dikatakan sengaja mahu meraih publisiti mengenai hubungan cinta kami," jelasnya.
Previous Post Next Post