Neelofa: Untuk Teruskan Hidup, Saya Tak Perlukan Pengganti



Kisah cinta pengacara dan pelakon Neelofa bersama aktor Hans Isaac telah pun berakhir pada minggu lalu apabila kedua-dua mereka telah memberikan kenyataan masing-masing mengenai hubungan akhirnya hubungan yang tidak kesampaian itu.

Bertemu pelakon dan juga merangkap duta kepada produk terbaru Airish Miracle, Neelofa telah memberitahu bahawa dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Hans Isaac.

Baginya eloklah untuk dia bersama-sama meneruskan kehidupan masing-masing setelah hampir 2 tahun bahagia menjadi pasangan kekasih.

“Sebenarnya kami dah putus lama, cuma hendak memberitahu kepada media & peminat peminat mengambil masa kerana kami belum bersedia sepenuhnya untuk menjelaskannya kepada umum. Apabila semua sudah menerima hakikat dan kuat untuk menerima apa yang telah terjadi ini barulah kami bersama-sama bercadang mahu memberitahu,“ ujarnya.






Neelofa turut memberitahu bahawa perpisahannya itu bukanlah berpunca daripada orang ketiga sebaliknya mereka berpisah secara baik dan matang. Bagi menghormati kedua-dua belah pihak Neelofa tidak mahu untuk memberitahu punca sebenar yang menyebabkan perpisahannya itu berlaku. Neelofa juga tidak mahu untuk dibayangi oleh aktor tampan itu.

“Saya berbincang dengan dia dan kami mendapat persetujuan untuk beritahu semua mengenai hubungan ini. Kami betul-betul putus pada bulan Februari tahun ini. Buat masa ini saya tiada masalah dengan dia cuma jarang berkomunikasi kerana biarlah kami sedikit demi sedikit membawa haluan yang tersendiri”

“Apabila cerita ini keluar saya berharap tidak ada lagi yang mengaitkan saya dan dia. Lagipun dia ada kerjaya dia sendiri dan ini juga kemahuan bersama,“ katanya panjang lebar.

Walaubagaimanapun dia tidaklah terlalu mengikut emosi apabila cintanya telah berakhir. Untuk mengelakkannya berfikir mengenai perkara itu dia lebih banyak mengisi masanya dengan bekerja dan tidak terlalu memikirkan perasaannya itu.

“Tidak ganggu fokus kerja kerana saya menggunakan peluang itu untuk saya move on dan juga menyibukkan diri saya dengan bekerja,“ katanya ringkas.

Buat masa sekarang, Neelofa memaklumkan dia masih solo dan tiada pengganti lagi. Fokusnya kini terarah kepada bisnes dan juga bidang seni yang semakin menyinar. Tetapi tidak menolak seandainya ditakdirkan lagi jodoh untuknya.

“Saya tak perlukan pengganti untuk teruskan hidup, lagipun saya ada bisnes & kerjaya yang perlu saya laksanakan. Setakat ini saya tiada sesiapa lagi dan saya tidak mencari sesiapa pun. Semuanya saya serahkan jodoh pada Allah,“ tambahnya lagi.
Previous Post Next Post