Sleeq Tak Risau Populariti Jatuh Bila Dah Kahwin



Bakal mendirikan rumah tangga pada September dan November depan, kumpulan Sleeq mengakui tidak berasa gentar sekiranya status sebagai suami bakal mengugat populariti mereka.

Malah kumpulan yang dianggotai oleh dua orang jejaka iaitu Syarif Ahmad dan Alyph Abdullah ini percaya soal populariti jatuh tidak akan timbul kerana mereka percaya bahawa peminat sentiasa menyokong perjalanan seni mereka sejak dari awal lagi.

“Kami percaya bahawa perkahwinan ini adalah perkara yang baik dan setiap individu pun akan laluinya.

“Kami tak ada fikir pun sekiranya kami membuat keputusan untuk berkahwin maka populariti kami akan menurun.

“Kerana bagi kami peminat sekarang sudah pandai menilai jadi saya percaya pada mereka,” ujar Alyph ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaru Sleeq berjudul ‘Sleeq The Album 2014’ bertempat di The Bee, Publika pada Selasa.

Tambah Syarif, mereka juga sering berkongsi perjalanan kehidupan mereka dilaman sosial masing-masing malah peminat juga memberikan sokongan terhadap mereka.

“Orang selalu kaitkan bila kahwin sahaja peminat akan lari dan berpaling tadah kerana Sleeq sudah berpunya.

“Saya pula rasa sebaliknya, dengan adanya sosial media peminat dah tahu megenai kehidupan peribadi kami dan kami juga sering berkongsi dengan mereka.

“Kami tak sorok mahupun simpan ‘personal life’ kami tetapi sebaliknya… Mereka juga dah kenal siapa tunang kami dan menyokong kami.

“Walaupun selepas berkahwin, kami akan terus menghasilkan karya-karya muzik yang lebih baik untuk peminat,” katanya.






Mereka juga telah memilih tarikh perkahwinan di mana Alyph akan berkahwin pada 13 September manakala Syarif pula 22 November depan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai album terbaru mereka, Alyph memberitahu lagu-lagu yang dimuatkan dalam album terbarumereka merupakan kisah perjalanan hidup mereka sepanjang 10 tahun bergelar penyanyi.

“Lagu-lagu dalam album ini lebih berkisarkan tentang kehidupan kami… Akhirnya kami berasa puas kerana apa yang diimpikan selama ini telah berjaya kami laksanakan.

“Selain itu, lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini juga menampilkan penyanyi-penyanyi lain seperti Joe Flizzow, Aaron Aziz, Najwa Latif dan Hazama.” jelasnya.
Previous Post Next Post