Bandi Amuk Tabah Anak Jalani Kimoterapi Kali Ketiga



Penyanyi Rock Negara, Bandi Amuk atau nama sebenarnya Nasabandi Jumat reda dan tabah menghadapi dugaan apabila anaknya Muhammad Saiful Affique 17 mempunyai ketumbuhan sepanjang 9cm dan selebar 15cm di bawah peparunya.

“Anak saya telah menjalani kimoterapi untuk kali ketiga bagi merawat penyakitnya,” nada sedih Bandi dihubungi.

Menurutnya lagi, anaknya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan doktor buat masa ini, belum lagi mengambil tisu di bahagian ketumbuhan itu dan akan menjalani pemeriksaan CT Scan selepas kimoterapi yang keempat.

“Sepanjang anak saya dimasukkan ke hospital ramai rakan Saiful datang melawat termasuk guru-guru sekolahnya yang tidak putus-putus memberi sokongan.”

Ulang alik ke hospital sudah menjadi rutin bagi Bandi dan isteriya dan layanan dari pihak hospital amat baik dan kerjasama dari pihak doktor juga memberangsangkan.

Bandi hanya mohon doa kepada semua pembaca Astro Gempak dan Murai agar anaknya dapat menjalani dugaan ini dengan tabah.




Previous Post Next Post