Farid Kamil Beraya Sakan Bersama Muhammad



Pelakon kacak Farid Kamil mengakui sambutan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran anak lelaki kesayangannya yang kini berusia setahun.

Menurut Farid, raya kali ini dia dan isteri yang juga aktres Diana Danielle memberikan lebih fokus kepada anak mereka dan tidak sabar untuk beraya sakan bersama Muhammad.

“Kami suami isteri beraya secara sederhana sahaja cuma kami lebihkan fokus terhadap Muhammad.

"Tahun lalu saya tidaklah rasa teruja seperti ini kerana Muhammad juga masih kecil dan saya faham pergerakkannya juga terbatas.

“Namun kali ini memang saya rasa tak sabar nak bawa dia (anak) pergi beraya dan dia juga dah pandai beri respon seperti bersalaman jika saya suruh… Rasa teruja nak tegok gelagat dia beraya nanti.

“Tak sabar nak lihat Muhammad lengkap memakai baju Melayu dan perasaan itu sukar untuk saya gambarkan.

“Tiada apa yang lebih seronok selain melihat anak membesar di depan mata,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis berbuka puasa baru-baru ini.



Cahaya mata pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle, Muhammad kini berusia setahun

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga sudah pun mengambil cuti selama dua minggu untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Tahun ini saya ambil cuti selama dua minggu untuk beraya dan berehat seketika sebelum kembali bekerja.

“Saya akan berada di Kedah selama seminggu… Seronok rasanya bila dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga.

“Kami adik beradik pasti ada sahaja cerita yang ingin dikongsi, maklumlah sudah lama tidak bertemu.” ujarnya sebelum mengakhiri perbulan.




Previous Post Next Post