Sedekad, Mariah Carey kembali ke Malaysia



FIGURA ini kini muncul dengan album terbaharu yang berjudul, Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse.

SIAPA sangka selepas 10 tahun atau bersamaan sedekad yang lalu mengadakan konsert di Malaysia, ikon tersohor dunia, Mariah Carey bakal menjayakan konsert keduanya pada tahun ini.

Mariah, 44, dijadualkan mengadakan konsert yang dikenali sebagai, ME. I AM MARIAH Live in Malaysia 2014 itu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada pukul 8 malam, 22 Oktober ini.






Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia dalam rangka promosi album terbaharunya, Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse, selain Jepun, Singapura, Filipina dan China.

Sehubungan dengan konsert yang dibawakan oleh IME productions yang disokong oleh Malaysia Major Events, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu, jualan tiket telah dilancarkan bermula pada semalam, 17 Ogos di Boulevard, Level G, Paradigm Mall di Kelana Jaya, Selangor.




Tiket dijual pada harga RM680 (kerusi VVIP), RM580, RM480 dan RM380, RM280 dan RM120.

Jualan tiket secara online juga boleh didapati bermula semalam menerusi laman web, www.ticketcharge.com.my, juga menerusi telefon TicketCharge hotline (03- 9222-8811) atau IME Productions hotline (03-2166 6166).

Bagi maklumat lanjut, boleh layari Facebook IME, http://www.facebook.com/imepmy atau laman web TicketCharge di alamat www.ticketcharge.com.my.

Mariah yang merupakan artis wanita dengan jualan album terbanyak di dunia yang secara keseluruhan mencecah 250 juta unit, cukup terkenal dengan lagu-lagu yang termasuklah Hero, Without You, We Belong Together, Always Be My Baby, One Sweet Day dan Fantasy.
Previous Post Next Post