Fasha Sandha bermadu?



BENAR, itulah watak yang bakal dimainkan Fasha Sandha sebagai Hana, isteri mithali yang memendam rasa apabila dikejutkan dengan kehadiran orang ketiga dalam sebuah drama rantaian di slot Lestary berjudul “Selamat Pengantin Madu”.

Drama yang menemui penonton TV3 bermula 3 September, setiap Rabu & Khamis, jam 9.00 malam turut membariskan pelakon terkenal seperti Aiman Hakim Ridza, Eina Azman, Kuza, Falisha Crossley, dan Ieda Moin.






Bersiaran sebanyak 13 episod, drama arahan Ibrahim Ilyas untuk produksi Pesona Pictures itu mempertaruhkan Fasha Sandha dan Aiman Hakim Ridza sebagai teraju utama Selamat Pengantin Madu.

Penuh dengan elemen kekeluargaan dan cabaran bermadu, drama ini dilihat bakal mendapat tempat di hati penonton.

Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Namun muncul seorang wanita seksi, Masmira lakonan Eina Azman, merosakkan kebahagiaan mereka.

Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary!



Previous Post Next Post