Sabhi Saddi dapat anak kedua


SABHI bersama anak kedua.

Penyanyi lagu Cinta Sesungguhnya, Sabhi Saddi baru saja menyambut kelahiran anak keduanya pada 4 September lalu.

Isterinya, Rosi Aswani Abdul Razak melahirkan anak perempuan kedua hasil perkongsian hidup mereka itu di Pusat Perubatan Salam, Shah Alam.

Sabhi yang dihubungi sebentar tadi cukup teruja dengan kelahiran itu. Ketika ini Sabhi memberitahu, beliau dan isterinya belum menetapkan lagi nama terbaik untuk anak mereka.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada jam 11.33 pagi dengan berat 3.3 kilogram.






"Saya sebenarnya berharap dapat anak lelaki kerana yang anak sulung sudah perempuan. Tapi tak mengapa, yang penting keadaan anak kedua saya sihat walafiat. Alhamdulillah seperti anak sulung, Sofea Reesya, anak kedua pun dilahirkan normal.

"Insya-Allah selepas isteri habis berpantang, kami bercadang nak adakan majlis aqiqah," katanya.

Sabhi juga bagaikan melalui fasa gembira yang berganda. Selain kehadiran anak keduanya itu, beliau juga mendapat perkhabaran baik apabila mendapat pencalonan di Anugerah Planet Muzik 2014 yang akan berlangsung di Suntec Singapura pada 17 Oktober depan.

Sabhi dicalonkan dalam kategori Kolaborasi Terbaik dalam lagu menerusi lagu cari makannya, Cinta Sesungguhnya serta Artis Terbaik Lelaki. Dalam kategori Artis Terbaik Lelaki, Sabhi bersaing dengan Afgan, Cakra Khan dan Hafiz.

"Saya sejujurnya terkejut dengan pencalonan ini. Mungkin juga rezeki anak. Tapi saya tak harap apa-apapun untuk ini. Jadi top 5 pun satu rahmat besar. Benar saya tak boleh nafikan, lagu Conta Sesungguhnya memberi impak tersendiri dalam kerjaya seni saya," katanya yang dilarang isteri untuk berkongsi gambar anak mereka dengan lebih jelas.


Previous Post Next Post