C Ronaldo Cipta Rekod Baharu Hatrik Dalam La Liga


BINTANG bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo berjaya menghasilkan hatrik ke-22 dalam La Liga sekaligus menyamai rekod yang dibuat oleh Alfredo di Stefano dan Telmo Zarra sebelum ini.

Ronaldo mencipta hatirk itu ketika membantu Real Madrid membelasah Athletic Bilbao 5-0 di Bernabeu pada Ahad.



Selain mencipta hatirk, Ronaldo juga berjaya menjaringkan 14 gol secara berturut-turut ketika beraksi di Bernabeu.






Kejayaan Real Madrid membenam Athletic Bilbao turut digelar jaringan BBC iaitu 'Bale, Benzema dan Cristiano' - kerana Bale membantu Ronaldo menghasilkan dua gol manakala Benzema menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.



"Kami berjaya melakukan yang terbaik untuk permulaan musim ini. Gabungan BBC berkerja dengan baik. Kami bermain bersama dan menjaringkan gol," kata Ronaldo.

Kejayaan itu membantu Real Madrid menghampiri pendahulu La Liga, Barcelona dengan perbezaan empat mata.




Previous Post Next Post