CGI berkesan dalam Man Rider



ADEGAN yang menggunakan teknik CGI berbentuk hologram dalam telemovie Man Rider.

SUATU ketika dulu, apabila kita berbicara mengenai filem atau drama dalam industri perfileman tanah air yang menggunakan konsep imej janaan komputer (CGI), ia seumpama membincangkan sesuatu perkara yang sangat besar dan memerlukan kos jutaan ringgit untuk menghasilkannya.

Kini, teknologi komputer semakin canggih dan teknik CGI boleh dilakukan pada kos yang lebih rendah. Banyak kos boleh dikurangkan dalam pembikinan sesebuah filem jika teknologi itu digunakan.
Toyota Tawaran Terhebat Tahun Ini !

Walaupun tidak setara seperti filem bajet besar, namun ia masih mampu mendapatkan kualiti yang boleh diterima.

Lantaran itulah TV9 tampil dengan sebuah telemovie bergenrekan aksi komedi bertajuk Man Rider yang akan menemui penonton pada 10 November ini.




Membariskan pelakon Azwan Kombos, Zara Zya, Hamdan Sena rio, Shamsul Ghau-Ghau dan Ucop Cecupak, telemovie itu mengisahkan tentang Leman lakonan Azwan Kombos, seorang anak yatim piatu yang sentiasa menyimpan impian untuk menjadi adiwira yang terbawa-bawa sehingga dia dewasa.

Impian Leman akhirnya dimakbulkan apabila motor kapcai milik Tok Ayahnya diresapi kuasa makhluk asing hingga mampu terbang, berkata-kata, mempunyai kuasa ajaib dan mempunyai perasaan seperti manusia biasa.

Telemovie yang diterbitkan oleh Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. itu juga sebenarnya mempunyai dua pelakon utama yang merupakan bukan manusia iaitu Rider dan Passola. Kedua-duanya adalah motosikal ajaib yang telah diresapi kuasa makhluk asing yang sebenarnya dikawal oleh sebuah pertubuhan rahsia iaitu Pertubuhan ke-7 (P7).

Konflik sebenar bermula apabila Leman diarahkan oleh seorang lelaki misteri yang muncul dalam bentuk hologram meminta dia mencari Fatamorgana (lakonan Zara Zya) sekiranya dia mahu tahu lebih lanjut mengenai asal usul Rider.

Setelah bertemu dengan Fatamorgana dan Passola, Leman terus berusaha merungkai per soalan demi persoalan yang membawanya kepada konflik dalaman P7 yang sedang mengesan pembelot dalam kalangan mereka.


PAPARAN CGI dalam drama atau filem pada masa kini dapat menjimatkan kos penerbitan.

Kemunculan Doktor Husin (lakonan Shamsul Ghau-ghau) yang menjadi misteri dan juga situasi Rider mula jatuh cinta dengan Passola membuatkan plot perjalanan telemovie itu menjadi lebih menarik dan pasti menghiburkan penonton.

Bagi memastikan kejayaan dalam penerbitan Man Rider menjadi kenyataan, Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd. menggabungkan kreativiti pengarah drama terkenal, Md. Nazir Juhan atau dikenali sebagai Jet Lee bersama dengan Pengarah Kesan Khas CGI, Indra Putra daripada proses penulisan skrip sehinggalah ke lokasi penggambaran.

Ini bagi memastikan kualiti cerita dan kesan khas yang dihasilkan memenuhi piawaian.

Menurut Indra Putra atau le bih dikenali sebagai Sanji, proses untuk menghasilkan sesebuah drama atau filem berkonsepkan CGI dengan menggunakan teknik visual memerlukan kerja yang teliti bermula daripada praproduksi (semasa penulisan skrip) hingga ke proses penggambaran.

“Beberapa idea atau jalan cerita dibuat untuk memastikan kesan CGI yang terhasil tidak kelihatan pelik. Sekiranya pengarah yang melakukan kerja-kerja CGI tidak bekerjasama dengan pengarah lain, kita akan menghadapi kesukaran semasa melakukan proses menghasilkan imej kesan khas komputer” katanya.

Jelasnya, cabaran yang dihadapi oleh kru dan pengarah Man Rider adalah semasa merakamkan pergerakan watak Rider dan Passola semasa berkomunikasi antara satu sama lain.

Kata Indra Putra, pergerakan perlu dibuat secara manual dan memerlukan penghayatan gaya yang betul bagi memastikan mimik muka serta reaksi kedua-dua watak manusia nampak realistik.




Previous Post Next Post