Indahnya Majlis Resepsi Faralyna Idris & Fikri Abdullah



Majlis resepsi pelakon Faralyna Idris bersama suami tercinta Muhammad Fikri Abdullah telah berlangsung dengan begitu meriah sekali di Grand Ballroom The Place Once City, Subang Jaya pada Sabtu.

Faralyna yang menggayakan busana rekaan Asian Atelier oleh Alin Omar kelihatan begitu anggun sekali persis seorang puteri manakala suaminya pula segak dengan pakaian rekaan Diandra Couture.

Sentuhan solekan dari @Sha_Arab (laman Instagram) menyerikan lagi wajah Faralyna yang sememangnya cantik.




Aktres itu juga turut berkongsi ‘live update’ majlis perkahwinannya melalui akaun Instagram(IG) miliknya dengan menggunakan hashtag #doubleFweds untuk dikongsi bersama peminat tersayang.

Kedua pasangan ini selamat bergelar suami isteri pada majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat di atas kapal Cruise Tasik Putrajaya.

Faralyna Idris dan Muhammad Fikri Abdullah telah mengikat tali pertunangan pada Mei lalu selepas dua tahun bercinta.

Majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada Ahad (14 Disember) di Keramat.

Di sini Astro Gempak ingin kongsikan kepada anda beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Faralyna dan Fikri dari jurufoto rasmi Project2pi dan CST Production yang telah dikongsi di laman IG aktres tersebut.




Previous Post Next Post