Selepas Zain Saidin, kini giliran pelakon Erry Putra pula membina otot dan nampaknya usaha tersebut membuahkan hasil apabila bicepnya semakin membesar dan pejal.
Kegigihan Erry untuk memiliki otot dan tubuh badan yang lebih kekar boleh dilihat menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Artis Meletop turut terlihat foto Erry di gymnasium dan kapsyen-kapsyen yang ditulinya pula membuktikan pelakon ini kerap menjalani latihan untuk mendapatkan saiz otot yang diidam-idamkan.
Mungkin kerana latihan yang dijalankan secara kerap telah menyebabkan otot bicepnya semakin jelas, terutama apabila menyarungkan kemeja-T lengan pendek.
Para pengikut Erry di Instagram turut memuji perubahan bentuk tubuh pelakon itu yang semakin sasa selain kelihatan semakin maskulin sekarang.
Bagi Astro Gempak pula, usaha Erry ini setidak-tidaknya boleh dijadikan contoh terbaik kepada peminat di luar tentang betapa pentingnya senaman untuk kekal sihat dan memiliki badan sempurna.
Selain Zain dan Erry, selebriti lain yang turut gigih berkunjung ke gimnasium untuk menjalani latihan fizikal ialah Remy Ishak, Ryzal Jaafar, Tam Suhaimi dan Anding.