Jang Geun Suk Digugurkan Dalam Rancangan Realiti Kerana Isu Cukai



PELAKON Jang Geun Suk mengambil langkah untuk memohon maaf kepada para peminatnya selepas digugurkan daripada menyertai rancangan realiti berjudul Three Meals A Day – Fishing Village.

Pihak produksi dan agensi pengurusan pelakon itu mengambil langkah berkenaan berikutan tersebarnya berita tentang kegagalannya membayar denda akibat cukai yang dianggarkan kira-kira $10 juta Won (RM33,400).

Aktor itu sebenarnya sudah menjelaskan denda berkenaan dan tiada tindakan diambil oleh Perkhidmatan Cukai Kebangsaan Korea.




Bagaimanapun disebabkan terlalu banyak komen negatif terhadap pelakon itu mengenai kes berkenaan, pihak produser dan agensi merasakan adalah lebih baik nama bintang itu digugurkan.

Agensi pelakon itu, Tree J Company pula tidak mahu hal itu disebut oleh peminat kerana masalah berkenaan sebenarnya sudah diselesaikan.

“Ia bukan kesalahan Jang Geun Suk tetapi kesilapan pihak agensinya. Segala hutang cukai sudahpun dibayar,” kata wakil agensi itu.

Walaupun agensinya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap masalah berkenaan, Jang merasakan adalah lebih penting dia memohon maaf secara peribadi kepada para peminatnya.

Jang yang sebelum ini pernah mucul dalam Pretty Man dan You’re Beautiful berkata dia benar-benar sedih dengan perkara itu dan meminta maaf kerana mengecewakan peminatnya apabila menarik diri menyertai rancangan realiti tersebut.



Previous Post Next Post