Nur Fathia dipilih sebagai duta wangian Avon iaitu iaitu Only Delight Eau de Parfum.
Pelakon Nur Fathia dilantik menjadi duta wangian produk terbaharu Avon iaitu Only Delight Eau de Parfum bagi keluaran 2015.
Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 27, berkata, dia telah mula menggunakan produk Avon sejak berusia belasan tahun dan tidak menyangka berpeluang menjadi wajah Avon.
"Saya sejak remaja lagi memang menggunakan beberap produk Avon kerana ia adalah antara produk terbaik dalam pasaran dan apabila ditawarkan untuk menjadi duta wangian mereka saya tidak berfikir panjang dan bersetuju.
"Bagi saya ini adalah peluang untuk saya memperkenalkan produk Avon kepada peminat dan generasi muda tentang kebaikkan produk ini," katanya kepada mStar Online.
Fathia ditemui pada majlis tersebut yang diadakan di Hotel Grand Dorsett Subang di sini pada Khamis.
Fathia menggunakan medium laman sosial untuk promosi wangian Avon.
Pada acara yang turut dihadiri oleh 1,000 stokis Avon dari seluruh negara itu, Fathia turut menyampaikan single pertamanya berjudul Tanpa Dirimu.
Dalam pada itu, Fathia berkata, dia akan menggunakan medium laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram bagi mempromosikan Avon kepada generasi muda memandangkan presepsi masyarakat produk berkenaan hanya untuk golongan lebih berusia.
"Sebenarnya ramai yang tidak tahu Avon mempunyai pelbagai produk yang sesuai untuk remaja dan wanita muda dan itu antara perkara yang akan saya kongsi dengan peminat di laman sosial.
"Ia bukan sesuatu yang sukar kerana saya memang gemar berkongsi pelbagai perkara dan informasi di laman sosial," katanya.
Sementara itu, Ketua Pemasaran Komersil Avon, Aspalin Sirat berkata, pemilihan Fathia sebagai duta wangian Avon adalah menepati ciri-ciri yang mereka cari bagi mewakili produk berkenaan.
Malah kata Aspalin, pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti promosi bersama Fathia dengan pelanggan Avon sepanjang setahun kontrak wanita itu bersama Avon.
"Fathia bukan sahaja cantik dan bijak malah dia sangat menepati ciri-ciri yang kami mahukan dalam membawa produk Avon dekat kepada pelanggan terutamanya generasi muda.
"Malah Fathia sendiri adalah pengguna Avon dan dia adalah ekspresi sesuai dalam menyerlahkan jenama itu," katanya.
Wangian Only Delight Eau de Parfum dijual pada harga RM69.90 disemua butik dan wakil kecantikan Avon.