Hafiz Suip (tiga, kanan) ketika majlis pelancaran Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Café.
Penyanyi Hafiz Suip menjelaskan Showcase Hafiz & Friends yang bakal diadakan di Hard Rock Cafe pada 25 Januari ini bukan bertujuan untuk menggalakkan golongan remaja keluar malam.
Hafiz, 25, sebaliknya berkata, peminat remaja yang masih dalam jagaan ibu-bapa boleh datang menyaksikan persembahan tersebut bersama penjaga masing-masing.
"Saya akui punyai ramai peminat golongan remaja dan saya harap pada mereka yang ingin datang ke showcase ini boleh membawa sekali ibu-bapa atau penjaga.
"Pada saya ia bukan untuk mengalakkan mereka keluar malam atau berhibur di pusat hiburan sebaliknya sebagai memberi persembahan di tempat yang eksklusif dan berbeza dengan persembahan sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Isnin.
Hafiz berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Showcase Hafiz & Friends di Hard Rock Café di sini.
Menurut Hafiz, persembahan tersebut diadakan selepas mendapat sambutan mengalakkan pada persembahan di Hard Rock Melaka pada 29 Mei 2014.
Selain Hafiz, dua orang rakannya iaitu Hazama dan Akim serta tiga penyanyi lain iaitu Firman (AF 2014), Faizul Sany dan Aril Pilus akan menyertai persembahan berkenaan.
Hafiz berkata, mereka berjanji bakal memberi kelainan dan beberapa gimik pada malam tersebut.
"Kita akan beri kelainan pada malam persembahan itu nanti dan beberapa gimik yang menghiburkan pengunjung berbeza daripada persembahan di Hard Rock Melaka.
"Kali ini juga kita ada Faizul Sani, Firman AF2014 dan Aril bersama-sama kami," katanya.
Tambah Hafiz, dia berasa lebih teruja dan amat berbesar hati kerana berpeluang sekali lagi untuk mengadakan persembahan khas buat peminat.
"Sudah menjadi impian kami untuk membuat persembahan dengan band iringan di kafe bertaraf antarabangsa seperti ini terutamanya di Kuala Lumpur.
"Selain itu, ia juga merupakan hadiah tahun baru buat para peminat," ujarnya.
Tiket bagi menyaksikan persembahan berkenaan dijual pada harga RM70 dan RM80 di pusat hiburan itu.