Ini pula cerita mengenai pelakon Ainan Tasneem yang dikatakan semakin belagak diva apabila ada pihak mengadu dia sukar untuk memberikan kerjasama.
Diva tak pasti pula kerjasama yang macam mana sehingga pelantun popular lagu Aku Suka Dia itu dikatakan gemar beri alasan apabila disuruh berbuat sesuatu.
Pihak yang merungut kepada Diva pasal perangai penyanyi ini pun dalam kalangan orang terdekatnya.
Amboi! Takkan nak kalahkan Diva pula. Biarlah Diva seorang sahaja yang memegang takhta itu. Lagipun sejak Diva berada dalam gelanggang seni ini memang Diva seorang je yang mendapat gelaran tersebut.
Diva harap apabila isu sebegini selalu timbul, ia menjadi pengajaran buat semua selebriti tanah air. Bagi Diva, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk. Bukan ke lebih baik macam tu.
Diva: Betul tekaan Diva apabila Fara Fauzana dipilih menjadi hos program hiburan Muzik-Muzik untuk musim kali ini. Tahniah!