Awie Nafi Hasut, Ajar Anak Anak Supaya Sokong Dirinya



Mengulas mengenai tindakan berani anak sulungnya, Puteri Aleeya Antasha yang mendakwa ibu tirinya Rozana Misbun membuat kenyataan palsu, Awie berkata, dia tidak pernah menghasut atau mengajar anak-anaknya supaya mengeluarkan apa-apa kenyataan yang mampu mempertahankan dirinya.




“Luluh sebenarnya hati saya apabila membaca posting yang dimuatnaik Aleeya. Sampai menitis air mata saya. Tidak sangka saya sanggup berbuat demikian demi untuk pertahankan saya.

“Apapun, dia sudah besar. Dia sudah 15 tahun. Dia beritahu saya dia muatnaikkan status berkenaan kerana dia sudah tidak tahan lagi apabila membaca kenyataan dari pihak sebelah sana dan dia mahu ceritakan keadaan yang sebenar.

“Bayangkan seorang anak yang sayatidak ajar untuk berbuat demikian, tiba-tiba buat macam itu? Dan selalunya, yang akan pertahankan saya adalah anak perempuan saya yang kedua iaitu Putri Aleefa Antasha. Tapi, inilah kali pertama dia berbuat demikian,” kata Awie seperti dipetik daripada Murai.

Anak mana yang tidak sayangkan ayah sendiri, bukan? Apa-apa pun, kami berharap agar masalah yang melanda keluarga ini dapat diselesaikan secara baik. Pusing-pusing pun, nanti jumpa juga, bukan?



Previous Post Next Post