QUE Haidar dan guru tari, Linda Jasmine.
Tanggal 14 Februari lalu genap enam tahun usia perkahwinan Que Haidar dan guru tari, Linda Jasmine.
Ketika ini pasangan bahagia itu sedang meraikan kebahagiaan mereka di kota cinta, Paris.
Malah Que Haidar juga rancak memuat naik gambar percutian mereka di negara Eropah itu. Pasangan ini bercuti berdua tanpa diiringi anak tersayang.
Menerusi perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak iaitu Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra.
"Alhamdulillah enam tahun yang membahagiakan dan Insya-Allah di harap terus berpanjangan sampai ke jannah. Semua okey!
"Anak pun sudah mula bersekolah. Saya rasa macam sudah tua. Tapi sejujurnya tak sangka sudah masuk tahun keenam perkahwinan kami.
"Rasa macam baru nikah pun ada juga. Linda di mata saya, dia sebahagian dalam hidup saya.
Ikutkan hati mahu juga tambah anak tapi ia bukan perkara mudah kerana banyak perkara kena difikirkan," katanya.
Pasangan ini terlebih dulu menjejaki Amsterdam selama lima hari sebelum ke Paris juga selama lima hari.