Seung Gi makin demand?



10 TAHUN bergelar pelakon membuatkan Lee Seung Gi bersifat lebih selektif dalam memilih tawaran lakonan yang diberikan kepadanya.

Jelas Seung Gi, sebelum ini dia selesa menerima apa sahaja karakter atau skrip yang diberikan kerana tidak mahu dianggap terlalu memilih.

"Bagaimanapun, saya sedar ada projek-projek yang diterima tidak mampu menunjukkan kredibiliti saya dalam bidang ini.

"Kerana itu saya fikir, jika mahu dipandang serius sebagai pelakon saya perlu lebih memilih," kata pelakon berusia 30 tahun ini.

Katanya lagi, dia juga mahu mencari ruang untuk berehat setelah penat bekerja sepanjang 10 tahun ini.

"Apa yang saya nampak, di sebalik kejayaan, stamina juga perlu diutamakan untuk menjadi pelakon yang baik," katanya.



Previous Post Next Post