Yana Samsudin Mahu Ke Italy, Fadzil Mahu Ke Kepulauan Maldives



Menjadi kebiasaan bagi pasangan yang baru berkahwin untuk berbulan madu, Yana Samsudin dan Fadzil Zahari masih belum merancang lokasi untuk tujuan tersebut oleh kerana mereka masih lagi terikat dengan urusan masing-masing.

“Ketika ini Yana masih lagi sibuk dengan penggambaran telefilem dan filem. Hanya selepas selesai dua agenda itu baru kami boleh memikirkan hal bulan madu.

“Ikut keinginan Yana, dia teringin berbulan madu di Itali. Saya sendiri pernah katakan kepada rakan media ingin berbulan madu di Kepulauan Maldives. Tengoklah bagaimana nanti,” kata Fadzil menerangkan situasi mereka ketika ini.




Selain itu, Fadzil juga sempat menceritakan serba sedikit mengenai karakter Yana yang banyak menyentuh hatinya sepanjang mereka menjalin hubungan cinta sebelum berkahwin.

“Kini selepas ibu saya, dialah wanita yang bertakhta di hati saya. Di sebalik kejayaan seorang lelaki itu ialah perempuan yang berada di belakangnya. Mereka berdualah yang berada di belakang kejayaan saya kini”

“Masa kami kenal ketika itu, saya dari tak punya apa-apa dan kini mengahwininya di saat sudah bergelar penerbit. Saya kini memiliki syarikat Prokuya Studio. Dia (Yana) memang banyak menyokong saya”

“Dia sendiri seorang yang bekerja kuat. Dia umpama guru saya. Sepanjang mengenalinya saya tahu dia bermula dari bawah dengan melakukan banyak kerja demi sebuah pengalaman berharga,” katanya lagi.

Kami yakin ramai peminat Yana dan Fadzil yang mendoakan kebahagiaan mereka agar terus berkekalan dan berpanjangan sehingga akhir hayat.



Previous Post Next Post