Najwa Mahiaddin Bakal Nikah 26 Mac Ini Dengan Pilihan Hati



Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi, Najwa Mahiaddin yang dijadualkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hatinya, Idris Koh Keng Hui pada 26 Mac ini di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya.



Malah menurut sumber, kad jemputan juga telah diedarkan kepada tetamu Najwa dan Idris sebelum ini telah melangsungkan majlis pertunangan pada 8 Disember tahun lalu dengan rombongan pihak lelaki membawa tiga dulang berbalas lima daripada pihak perempuan.

Bakal suami Najwa, Idris juga merupakan salah seorang ahli muzik yang sering mengiringi penyanyi tersebut dalam setiap persembahannya.

Previous Post Next Post