Sharnaaz Ahmad Idam Bawa Watak Wanita



Berdiri di atas kekuatan dan juga kejayaan lakonannya di dalam drama bersiri Suamiku Encik Sotong, Sharnaaz Ahmad mengakui dia berani dan terbuka untuk melakonkan watak yang lebih lembut lagi daripada apa yang pernah dilakonkannya.



“Saya tak keberatan lakon watak yang lebih lembut lagi daripada Encik Sotong,” kata Sharnaaz sambil memberitahu kepada Berita Harian bahawa dia bersedia untuk melakonkan watak yang memerlukannya berperwatakan seperti wanita sekiranya diberikan naskhah yang menarik minatnya untuk berlakon.

Isyarat Cinta Di Pawagam Bermula 19 Mac 2015


“Memandangkan sambutan luar biasa yang diberikan, maka saya tidak keberatan untuk menerima tawaran lagi di masa akan datang sekiranya naskhah itu menarik. Namun saya ingin menampilkan kelainan untuk watak lembut itu nanti,” kata Sharnaaz.

Sharnaaz berkata, dia telah melakonkan watak berkenaan sebaik mungkin dan mengakui terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbetulkan namun Sharnaaz akui dia berani untuk membawakn watak wanita jika naskah yang dibawanya itu berkualiti.

“Bukan saja melakonkan watak sebagai lelaki lembut malah saya juga tidak keberatan untuk menukar diri sepenuhnya menjadi perempuan jika cerita yang ditawarkan itu menarik. Saya suka bereksperimen dengan watak dan bukan sekadar membawakan watak klise saja seperti yang selalu saya lakonkannya,” jelasnya lagi.


Previous Post Next Post