Ustaz Kazim Elias Undur DIri Hormati Golongan Lebih Berilmu



Pendakwah terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menarik diri daripada menyertai sebarang program ceramah agama di televisyen malah turut menarik diri sebagai ahli panel Forum Perdana.

Menurut penjelasan daripada Ustaz Kasim, dia mengambil keputusan mengundurkan diri adalah kerana mendapat teguran daripada pihak tertentu dan bagi menghormati pihak tersebut, beliau merasakan menarik diri adalah jalan penyelesaian yang terbaik.



“Kalau yang pertikai orang tak pandai saya tak kisah, tapi yang mempertikai adalah orang alim dan saya menghormati orang alim. Jadi lebih baik saya mengundur diri. Saya kena hormat, lebih baik saya berceramah biasa di padang sekolah, masjid, surau tetapi tidak disiarkan dalam TV,” katanya dipetik daripada Astro Awani.

Bagaimanapun, tindakannya itu dianggap sebagai satu tindakan terburu-buru yang boleh merugikan umat Islam yang selama ini mengkagumi kebolehan beliau ketika berceramah sehingga mampu menarik ribuan penonton.

Malah rata-rata peminatnya tetap mahu Ustaz Kazim perlu terus berdakwah meskipun terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan rintangan kerana ujian itu sentiasa ada dan ia merupakan satu perkara biasa yang harus ditempuhi dengan tabah.

Previous Post Next Post