Kutcher, Kunis rancang perkahwinan mewah



KHABAR angin mengenai perkahwinan pasangan kekasih Ashton Kutcher dan Mila Kunis sejak akhir-akhir ini semakin menjadi perhatian umum.

Apatah lagi menerusi Hollywoodlife, perkahwinan dua selebriti ini dikatakan bakal menelan kos yang tinggi iaitu lebih RM2 juta.


“Kedua mereka menyerahkan segala urusan berkaitan majlis perkahwinan mereka kepada ibu masing-masing.

“Apa yang paling penting mereka tidak mahu menyambut hari penuh makna itu dengan kesederhanaan malah sanggup berhabisan untuk memeriahkan majlis itu nanti,” kata sumber.

Previous Post Next Post