Hairul Azreen Mahu Fokus Pada Persiapan Perkahwinan Dari Layan Komen Negatif



Akibat tindakan pasangan ini menganjurkan peraduan untuk membolehkan peminat memenangi kad jemputan perkahwinan mereka, Hairul Azreen mengakui dia tidak endah mengenai kritikan dan komen negatif yang dilemparkan kepada mereka.


“Tujuan utama menganjurkan peraduan itu adalah untuk peminat-peminat kami. Tiada niat lain. Biarlah apa orang nak kata. Saya tidak ambil pusing pun dengan komen-komen tersebut. Lebih baik saya beri fokus terhadap persiapan perkahwinan saya yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi lagi”

“Saya pernah kena hentam lagi teruk daripada apa yang berlaku sekarang dan tidak pernah ambil pusing dengan setiap kata-kata negatif itu. Lebih-lebih lagi sekarang ini fokus saya adalah mahu kahwin. Saya mahu majlis selesai dengan secepat mungkin, barulah boleh lega,” katanya kepada mStar Online.

Hairul sebelum ini dikecam kerana melamar Hanis ketika konsert akhir Gegar Vaganza pada 5 Januari lalu namun dia menyifatkan perkara negatif itu sekadar pendapat masing-masing dan tidak pernah terasa hati mengenainya.

Previous Post Next Post