Safee Sali timang anak perempuan


Safee bersama bayi perempuannya.

PEMAIN bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali kini bergelar bapa kepada bayi perempuan comel yang selamat dilahirkan, semalam.

Berita gembira itu disampaikan Safee melalui laman sosial Facebooknya.

"Alhamdulillah... semuanya selamat... isteri saya melahirkan seorang bayi perempuan.. tiada apa yang lebih bermakna dalam dunia jika kita bersama keluarga yang sudah sempurna," tulisnya.


Safee Sali bernikah dengan Fitriana Elfina, warga Indonesia pada 21 Disember 2013.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat Safee.

Safee sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusoff pada tahun 2007 dan bercerai pada tahun 2012.

Hasil perkahwinan terdahulu, Safee dikurniakan dua orang cahaya mata.

Previous Post Next Post