Paris Hilton ambil tindakan



MODEL terkenal, Paris Hilton akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengacara dari Mesir iaitu Ramez Galal setelah diperdaya untuk menaiki pesawat ringan dengan tujuan untuk mengusik seolah-olah pesawat hendak terhempas.

Menurut Daily Mail, Paris, 34, mengalami tekanan emosi selain berasa takut untuk menaiki kapal terbang selepas menyifatkan kejadian tersebut sebagai pengalaman paling buruk.

“Kejadian itu menyebabkan dia mengalami tekanan emosi dan ‘prank’ yang dilakukan Ramez tidak sepatutnya dijadikan sebagai bahan jenaka. Pesawat bakal terhempas adalah serius,” kata sumber.


Ketika kejadian, Ramez mempelawa Paris untuk melihat bandar Dubai dari udara sebelum dimaklumkan oleh juruterbang enjin pesawat ringan itu tiba-tiba terpadam dan bakal terhempas.

Paris yang ketakutan dilihat menangis dan menjerit bersama beberapa penumpang lain yang sebenarnya adalah pelakon tambahan untuk mengenakan penyanyi itu.

“Ia adalah pengalaman paling menakutkan. Saya akan bunuh awak,” kata Paris kepada Ramez.



Previous Post Next Post