Pengerusi, CEO Mara Inc Direhatkan Sepanjang Siasatan


Tan Sri Annuar Musa

Majlis Amanah Rakyat (Mara) mengambil keputusan untuk 'merehatkan' dua pegawai kanan Mara Inc sementara sepanjang siasatan dijalankan berhubung isu pembelian hartanah oleh anak syarikat Mara itu di Australia dan United Kingdom.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, dua pegawai berkenaan ialah Pengerusi Mara Inc, Datuk Mohammad Lan Allani dan Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc, Datuk Abd Halim A Rahim.


Menurutnya, keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Mara yang diadakan pada Khamis bagi membincangkan mengenai isu berkenaan.

"Setelah mengambil kira fakta awalan kes ini, Majlis Mara mengambil keputusan untuk merehatkan sementara dua pegawai kanan sepanjang siasatan berjalan, iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Mara Inc.

"Mereka direhatkan bagi membolehkan siasatan dijalankan secara integriti dan telus, tanpa sebarang gangguan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Mara di sini, Khamis.

Previous Post Next Post