Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) membuka prosiding jenayah ke atas dua eksekutif dan individu tidak dikenali dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Dalam satu kenyataan pada Isnin, OAG menjelaskan jenis siasatan terhadap 1MDB yang pertama kali diumumkan kepada khalayak ramai pada Jumaat.
Prosiding tersebut dimulakan kerana dipercayai wujud pemberian rasuah di kalangan pegawai asing, salah laku dalam pejabat awam dan pengubahan wang haram, kata OAG.
Di bawah undang-undang Switzerland, pihak berkuasa berkata mereka sedang meneliti individu yang tidak dikenali apabila tidak pasti siapa yang terlibat.
Pada minggu lalu, pengawal selia kewangan Swiss Finma berkata pemeriksaan dengan beberapa bank-bank di negara ini telah dibuat sama ada mereka menjalankan urusan dengan 1MDB.
Pada Ahad, 1MDB berkata syarikat tersebut masih belum dihubungi pihak berkuasa Switzerland tetapi bersedia untuk membantu siasatan sekiranya diminta berbuat demikian.