Fizz Fairuz Jawab Isu Goda Fara Mendoza



Pelakon Fizz Fairuz menyifatkan tuduhan aktres baharu Fara Mendoza kononnya dia cuba memikat wanita itu menerusi perbualan aplikasi sosial WeChat adalah tidak masuk akal.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 36, berkata, dia terkejut dengan gosip yang tersebar itu lebih-lebih lagi dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan.

"Saya tidak pernah kenal apatah lagi jumpa atau berlakon dengannya. Jadi mana datangnya cerita saya cuba memikatnya?

"Jujurnya saya langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Saya tak faham apa motif dia mendedahkan foto paparan skrin (screenshot) dan membuat kenyataan seperti itu.

"Hampir 24 jam saya bersama isteri dan anak-anak, bila masa pula saya nak buat perkara macam itu?" katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.


Pada pagi Selasa, sekeping foto paparan skrin yang menunjukkan perbualan Fara, 25, dan Fizz menjadi viral di laman sosial internet gara-gara aktres tersebuat yang memuat naik foto berkenaan di WeChat.


Perbualan antara Fizz Fairuz dan Fara yang menjadi viral di laman sosial.

Bagaimanapun Fara telah memadamkan foto tersebut selepas diberitahu oleh rakannya Emma Maembong selang beberapa minit dia memuat naik status berkenaan di WeChat.

Sementara itu, Fizz berkata, dia tahu walaupun dia diberi peluang membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, dia sedar bahawa masyarakat tetap akan memandang serong terhadap dirinya.

"Saya tahu saya jahat. Tetapi itu dulu. Sekarang ini saya sudah mempunyai kehidupan sendiri bersama isteri yang saya sayang (Almy Nadia) dan anak-anak.

"Yang penting saya sudah membuat penjelasan kepada umum, begitu juga dengan isteri. Alhamdulillah, Almy faham dan menerima perkara ini dengan fikiran yang terbuka.

"Saya pun tidak mahu menuduh siapa-siapa dan malas nak melayan perkara remeh seperti ini," ujarnya.


Fara Mendoza

Dalam pada itu, Fizz turut menasihati kepada mana-mana pihak untuk mengambil kesempatan mengenakan golongan artis dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas.

"Kepada orang di luar sana yang mahu mengambil kesempatan, jangan memburukkan orang sebarang. Tetapi kalau nak buat juga, teruskanlah mengaibkan orang. Ingat, Tuhan tetap memberi balasan," tegasnya.

Almy Nadia Sindir Fara Mendoza

Dalam pada itu, menerusi status terbaharu di Instagram Almy Nadia yang dimuat naik kira-kira pukul 5.15 petang Selasa, wanita itu menyindir Fara serta mendedahkan empat imej foto aktres baharu tersebut.

Menerusi status berkenaan, Almy menulis kapsyen: "Assalammualaikum semua selamat petang... Hujan lebat petang nih ribut... Hihihihihi apa2 pun sy gelak dulu gelak sambil golek2 ngan anak... Menikmati hari yg sejuk nih... Ok dah habis intro meh kami nak viralkan benda nih pulak.. Jom semua kita.

"FOLLOW ARTIS BAHARU INI" kesian this girl tak ramai FOLLOWER.. Pd DIRECTOR2 PRODUSER2 diluar sana please ambil ARTIS BAHARU ini berlakon.. Kesian this girl tak bnyk job.. This girl nak job.. Pls pls.. Kesian la kan dia..#hahahahahhahaahahhaahhaha#kauigtkaubolehlps #kauigtkaubesarsgt #jgnkacauumahtanggaaku #jgncuba2 "

Status tersebut membuatkan ramai yang memberi komen meluahkan rasa geram terhadap Fara yang dianggap penghancur rumah tangga orang.

Bagaimanapun ada juga yang menyokong aktres baharu itu dengan menyifatkan wanita itu mungkin adalah mangsa keadaan yang cuba keluar daripada godaan Fizz.

Previous Post Next Post