Hazami Terganggu Dikhabarkan Meninggal Dunia


Hazami berharap berita tidak benar mengenainya dihentikan.

Penyanyi Hazami meminta orang ramai agar tidak terus mempercayai khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya dia meninggal dunia.

Pengurusnya Aszuad Zakaraia berkata, Hazami berasa sedikit terganggu dengan tuduhan itu selepas dia menerima banyak panggilan telefon yang ingin mengetaui kesahihan berita itu.

“Hazami agak tertekan dengan tuduhan tidak benar itu dan meminta orang ramai tidak mempercayai khabar tersebut,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini malam Rabu.


Terdahulu Hazami atau atau nama sebenarnya Norkamal Hazami Ahmad, 40, telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini pada Jumaat lalu akibat mengalami pendarahan usus.

Mengenai perkembangan terbaharu Hazami, Aszuad berkata, penyanyi itu telah dibenarkan keluar daripada pusat perubatan berkenaan pada tengah hari Rabu.

Dia kini tinggal bersama ibunya di Gombak dekat sini dan masih dalam pemerhatian doktor.

“Alhamdulillah… Hazami menunjukkan perkembanhan positif dan dia juga kelihatan agak ceria. Ketika ini doktor minta agar dia menjaga pemakanannya,” kata Aszuad.

Previous Post Next Post