HUBUNGAN percintaan antara penyanyi Taylor Swift dan Calvin Harris bukan lagi rahsia biarpun kedua mereka belum mengesahkannya secara terbuka.
Hal ini dikuatkan lagi apabila Swift dan Harris didapati meluangkan waktu bersama beberapa hari lalu.
Apa yang istimewanya, kedua penyanyi ini dilihat begitu mesra perpegangan tangan biarpun banyak mata dan paparazi yang memerhatikan gelagat mereka.
Selepas tersebarnya berita ini, peminat memberi respons yang baik dan mengharapkan hubungan mereka akan kekal berpanjangan.