Seorang Lagi Jemaah Haji Malaysia Disahkan Terkorban



Seorang lagi jemaah haji Malaysia yang dilaporkan hilang sebelum ini dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu disahkan meninggal dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Isnin berkata, jenazah kelima dikenal pasti sebagai Zainun Taha, 69, dari Ampang, Selangor.


Jenazah Zainun dikenal pasti oleh warisnya.

Ia menjadikan seramai lima jemaah haji yang disahkan terkorban setakat ini.

Dua jemaah lagi masih hilang manakala seorang lagi jemaah, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak ditemui selamat.

Empat lagi jemaah yang disahkan meninggal dunia ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak; Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, (Tanah Merah, Kelantan); Rohana Ismail, 54, (Kuala Krai, Kelantan) dan Munah Jusoh, 73, (Cherang Ruku, Kelantan).

Dua lagi yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah dan Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah).

Previous Post Next Post