Bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir, yang ditahan awal pagi tadi di Kampung Chubadak, Sentul kerana dipercayai memiliki senjata api dibebaskan dengan jaminan polis, pada jam 5 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy, berkata dia dibebaskan sementara menunggu kertas laporan kes disiapkan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara.
"Tindakan seterusnya terpulang kepada jabatan itu untuk memutuskan sama ada dia perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya, " katanya ketika dihubungi BH, malam tadi. PISTOL yang dirampas daripada seorang vokalis kumpulan Ukays, Amir.