SAM SMITH
BARU berusia 23 tahun dan mendadak popular, Sam Smith mengakui dunianya kini sudah banyak berubah. Penyanyi lagu runut bunyi filem James Bond (Spectre), Writing's On The Wall itu berkata hidupnya sedikit terkongkong walaupun bergelar selebriti terkenal.
Dia telah kehilangan banyak momen penting yang biasanya dilalui oleh orang normal dan teringin untuk mengecapi semula kehidupan biasa.
"Saya rindu untuk memasak, bersiar-siar dan berpacaran. Saya juga mahu menjadi manusia normal dengan usia 23 tahun yang barangkali ada melakukan kesalahan tetapi ia tidak menjadi masalah besar seperti sekarang.
"Perkara yang paling rindu untuk saya lakukan ialah meluangkan masa bersama keluarga dan ibu. Saya sudah lama tidak melakukan hal sedemikian," luah penyanyi itu.