Kes cerai Marissa Yasmin 14 Januari


MAHKAMAH Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 14 Januari depan untuk sebutan semula permohonan cerai suami pelakon terkenal, Marissa Yasmin.

Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria memerintahkan peguam plaintif, Jamal Mohd Lokman Sulaiman memaklumkan status penyampaian saman kepada defendan, Marissa pada tarikh tersebut.


Ia berikutan permohonan cerai yang difailkan Muhzir Mohd Zainuddin pada 27 November lalu terhadap pelakon Memori Cinta Suraya itu belum dapat disampaikan.

Terdahulu, Jamal memaklumkan penyampaian saman itu tidak disempurnakan kerana pihaknya gagal mengesan tempat tinggal terkini Marissa.

"Alamat terakhir adalah di Wangsa Baiduri, Subang Jaya," katanya.

Marissa atau nama sebenarnya Mariam Yaacob tidak hadir pada prosiding tersebut dan dipercayai berada di luar negara.

Previous Post Next Post