Rain buat pembedahan plastik?


SEPERTI yang diketahui ramai, segelintir bintang Korea sememangnya sinonim menjalankan pembedahan plastik untuk tampil lebih menarik.

Namun berbeza dengan aktor dan penyanyi popular, Rain yang tidak pernah sekalipun melakukan perkara itu.


“Ramai yang menganggap saya melakukannya tapi sebenarnya tidak.

“Kalau saya lakukannya, mungkin wajah saya sekarang lebih menarik dan bukanlah seperti sekarang,” katanya menerusi laporan Naver.

Jika dilihat penampilannya sebelum ini, Rain lebih memilih fesyen rambut yang berbeza untuk tampil segar tanpa memerlukan pembedahan plastik.

Previous Post Next Post