
Penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah didakwa sebagai pengendali dan individu sebalik Instagram @makcikpuaka yang sering membongkar kisah kontroversi para selebriti tempatan.
Sharifah Shahirah atau nama sebenarnya, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 45, menafikan tuduhan tersebut dengan menyifatkan ia sebagai fitnah yang melucukan.
Menurut Sharifah Shahirah, dia sendiri pernah menjadi mangsa kecaman dalam laman Instagram berkenaan berikutan penularan sebuah kek berbentuk masjid satu ketika dahulu.
"Saya sendiri pernah kena sindir dalam Instagram @makcikpuaka kerana buat kek masjid, seronoknya jika saya sendiri hina dan komen mengenai diri sendiri.
"Tidak mungkin saya makcikpuaka. Itu fitnah, Alhamdulillah dapat lagi pahala. Saya tidak tahu mengapa netizen mengaitkan saya sebagai makcikpuaka," katanya.
Sharifah Shahirah berkata, dia berkemungkinan mendapat jolokan berkenaan gara-gara kelantangannya sepanjang mengendalikan program petang di Suria FM.
"Mahu tahu saya jadi makcikpuaka atau tidak, dengar slot petang Suria FM," jelasnya.
Makcikpuaka merupakan sebuah laman sosial di Instagram yang sering kali mendedahkan kegiatan para selebriti tempatan.
Kebanyakan kiriman di laman Instagram tersebut bersifat eksklusif dan kontroversi sehingga mengakibatkan ramai dalam kalangan selebriti kurang senang dengan kewujudan akaun itu.
Bagaimanapun, setelah menfitnah pelakon Datuk Fizz Fairuz sebagai pelaku khalwat, individu Instagram tersebut kini berdepan tindakan undang-undang.
Fizz juga mendedahkan identiti makcikpuaka merupakan penggiat industri seni tempatan.